"Ya Allah, Sesungguhnya aku ini lemah, maka kuatkanlah kelemahanku dalam redha-Mu, pandulah daku, uruslah daku ke arah kebaikan dan jadikanlah Islam kemuncak kesukaanku. Ya Allah, aku ini hamba yang lemah maka kuatkan daku, aku ini hamba yang hina maka muliakanlah daku. aku ini hamba yang fakir maka kayakan daku"

UJIAN DATANG DENGAN HIKMAH

Assalamualaikum 

Didoakan agar pembaca sekalian sentiasa diberi kesihatan yang berpanjangan oleh Allah SWT. Pada saya, nikmat sihat adalah yang paling bermakna. Bila sihat, kita mampu untuk beribadat dengan lebih khusyu' kepada Allah. Mampu untuk melayan anak-anak, menunaikan tanggungjawab sebagai isteri dan boleh bekerja dengan gembira.

Sebenarnya, Allah sedang uji saya dengan demam, batuk dan selsema. Alhamdulillah, biasanya, kalau demam 3 serangkai ni doktor tak berapa nak risau sebab itu 'normal'. Tapi kalau demam panas yang berpanjangan itu adalah tanda-tanda demam denggi. Nau'zubillah.

Hari ini dah masuk hari ketiga saya demam. Hari kedua semalam baru jumpa doktor untuk ambil MC. Terima kasih Dr. Rozita sebab memahami saya. Almaklumlah nak bercakap pun suara tak keluar. 

Sebenarnya saya nak kongsikan bahawa saya tak makan sebiji pun ubat yang doktor bagi. Saya dah berazam untuk mengelakkan ubat hospital selagi mampu (kenapa? saya kongsikan dalam entri lain)

Apa yang saya buat?

1. Mandi sekurang-kurangnya 4 kali sehari ( Pagi, tengahari, petang & malam sebelum tidur). Mandi dengan     BasicH pun boleh
2. Minum air kosong 3L
3. Minum susu kambing, makan habbatus sauda & olive oil
3. Makan bawang putih bakar (petua ni saya jumpa dalam 'google')
4. Minum madu dengan limau nipis (sesudu madu + 1/2 sudu perahan limau kasturi + secawan air suam)
5. Makan 'sup ketam' (petua dari sepupu & kawan baik)
6. Dan 'supplemen' wajib sudah tentu. B Complex, Vitamin C, Vivix (stok yang ada). 

Alhamdulillah, saya beransur baik.

Anda boleh mencuba cara saya merawat sakit. Saya bantu anda dengan 'supplemen' Shaklee yang terbukti selamat. Hubungi saya segera

Salis 0199887274