"Ya Allah, Sesungguhnya aku ini lemah, maka kuatkanlah kelemahanku dalam redha-Mu, pandulah daku, uruslah daku ke arah kebaikan dan jadikanlah Islam kemuncak kesukaanku. Ya Allah, aku ini hamba yang lemah maka kuatkan daku, aku ini hamba yang hina maka muliakanlah daku. aku ini hamba yang fakir maka kayakan daku"

Rabu, 11 Disember 2013

Jom Sertai Shaklee



Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari ini saya akan membawa anda bersama-sama saya untuk menerokai rahsia saya terjebak dengan perniagaan MLM Shaklee. Saya mengetahui Shaklee ini sejak 10 tahun lalu kerana diperkenalkan oleh rakan usrah saya. Ketika itu, saya tidak pun pernah bermimpi bahawa saya akan memberi komitmen kepada perniagaan ini. 

Dipendekkan cerita, selepas setahun menjadi pengguna Shaklee Set 3M, Allah telah buka hati saya untuk terlibat dengan perniagaan ini. Saya melakukan Solat Istikharah, mohon petunjuk daripada Allah SWT. Saya nekad untuk memulakan perniagaan saya. Saya beritahu SID saya pada masa itu Rafaliah Mohd Yusop dan sekarang beliau menjadi ‘mak Shaklee’ saya. Terima kasih saya ucapkan kepada beliau kerana banyak membantu saya. 

Saya yakin dan mahu menghidupkan sunnah dalam kehiduan saya iaitu berniaga. Oleh kerana itu, saya memilih untuk menjadikan Shaklee sebagai perniagaan saya. Ini kerana, Shaklee menggunakan modal yang sangat rendah iaitu RM75.00. Dalam kumpulan Jutawan yang saya sertai ini juga banyak menekankan kepentingan amalan rohani, membantu & menolong disamping teknik-teknik pemasaran yang berkesan. Paling utama adalah dalam kumpulan ini terdapat ramai ‘mentor’ yang  telah berjaya & menjana pendapatan sehingga 6 angka. Mereka terdiri daripada wanita & ibu muda yang hebat, cekal & berhati waja untuk mencapai matlamat dan impian mereka.

Saya memohon kepada para pembaca blog ini yang berminat menyertai saya dalam perniagaan MLM Shaklee ini agar mendirikan solat Istikharah terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk menceburi bidang perniagaan ini. Jika anda yakin bahawa Allah telah mentakdirkan anda untuk berniaga, marilah bersama saya, bersatu hati, bergerak dalam kumpulan dan bersedia untuk dipimpin dan memimpin. Hubungi saya di 

Sms/whatsapp  : 019987274
FB                   : Nor Salis Samingan
Fan Page         : ummisalis
Blog                : ummisalis.blogspot.com

Tiada ulasan :

Catat Ulasan