"Ya Allah, Sesungguhnya aku ini lemah, maka kuatkanlah kelemahanku dalam redha-Mu, pandulah daku, uruslah daku ke arah kebaikan dan jadikanlah Islam kemuncak kesukaanku. Ya Allah, aku ini hamba yang lemah maka kuatkan daku, aku ini hamba yang hina maka muliakanlah daku. aku ini hamba yang fakir maka kayakan daku"

Isnin, 12 Mei 2014

7 SEBAB SAYA AMALKAN VITAMIN C SETIAP HARI

Semakin hari usia semakin meningkat. Kesihatan pula semakin berkurangan kerana faktor-faktor tertentu seperti faktor pemakanan. Oleh yang demikian, saya perlu menambah Vitamin C dalam pemakanan saya untuk mengekalkan kesihatan dan kecantikan saya (cantik untuk suami ya)

Berikut adalah 7 sebab saya mengamalkan vitamin C setiap hari 
  1. Vitamin C diperlukan untuk Membentuk kolagen;Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi dan rangka tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.
  2. Memperbaiki simptom pendarahan; kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam kulit, pemuliharaan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar
  3. Peningkatan sistem imun; Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, meningkatkan alergi hidung dan kulit bagi yang menghidap asma.Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selsema.
  4. Memerangi kanser; Ianya adalah satu-satunya anti oksidan yang berkuasa meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita. 
  5. Mencantikkan kulit; Ambil vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
  6. Memperbaiki Insomnia; Ia memperbaiki insomnia,tekanan, masalah berkaitan mental seperti keresahan
  7. Mengekalkan kolestrol sihat ; ianya mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yans sihat , menghindarkan arteriosclerosis, throumbus, menghalang pendarahan dalaman dan hidung berdarah. 

Jika anda mahu kekal sihat dan menawan, jomlah makan vitamin C. Saya ambil Sustain Release Vitamin C(SR Vita C) Shaklee kerana ia dilepaskan secara berperingkat selama 12 jam sehari. Pengambilan sehingga 2 biji sehari mencukupi untuk keperluan tubuh selama 24 jam. Bagi saya ianya sangat murah dan berbaloi kerana dalam sebiji SR Vita C hanya bernilai RM 0.50 sahaja. Dalam setiap tablet adalah bersama 7 1/2 biji buah oren. Sekarang ni, buah oren pun dah berharga RM1 sebiji. Soalannya mampukah kita nak makan 7 biji oren setiap hari?

Pilihlah vitamin SR Vita C Shaklee

-SALIS SAM- 0199887274

Tiada ulasan :

Catat Ulasan