"Ya Allah, Sesungguhnya aku ini lemah, maka kuatkanlah kelemahanku dalam redha-Mu, pandulah daku, uruslah daku ke arah kebaikan dan jadikanlah Islam kemuncak kesukaanku. Ya Allah, aku ini hamba yang lemah maka kuatkan daku, aku ini hamba yang hina maka muliakanlah daku. aku ini hamba yang fakir maka kayakan daku"

KEWAJIPAN MENUNTUT ILMU

Assalamualaikum semua

Selamat menjalani kehidupan dengan lebih sihat, berjaya dan gembira setiap hari

Wahyu yang pertama di turunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW di Gua Hira' adalh berkaitan dengan kwajipan menuntut ilmu. Saya percaya ramai yang sudah mengetahui perkara ini. Jadi tak perlu saya huraikan dengan lebih panjang lebar. Disini saya ingin kongsikan kesukaan saya menuntut ilmu yang membolehkan saya memiliki beberapa kelayakan. Ianya tidaklah membuktikan bahawa saya pakar tetapi saya mempunyai swedikit pengalaman untuk mempraktikannya dalam kehidupan saya. Saya juga telah mempraktikkannya untuk kebaikan orang lain. Baiklah, berikut adalah beberapa 'ilmu' yang saya pelajari yang sangat membantu. 

  1. Kaunselor Berdaftar(KB002378)
  2. Unmusking The Unconcious Mind (Basic To Advanced)
  3. Certified NLP for Teachers
  4. Spiritual Emotional Freedom Technique(SEFT)
  5. Art Therapy(Basic)
Saya sangat menghargai ilmu yang saya ada ini. Semoga saya dapat mengamalkannya secara berterusan untuk kebaikan bersama


Tiada ulasan :

Catat Ulasan