"Ya Allah, Sesungguhnya aku ini lemah, maka kuatkanlah kelemahanku dalam redha-Mu, pandulah daku, uruslah daku ke arah kebaikan dan jadikanlah Islam kemuncak kesukaanku. Ya Allah, aku ini hamba yang lemah maka kuatkan daku, aku ini hamba yang hina maka muliakanlah daku. aku ini hamba yang fakir maka kayakan daku"

Khamis, 24 Oktober 2013

BERNIAGA KERANA ALLAH

Assalamualaikum dan selamat berkenalan 

Sejak dari kecil, minat berniaga memang ada dalam jiwa saya. Namun saya tidak tahu istimewanya orang yang berniaga ini. Apabila memasuki alam sekolah menengah, salah satu aktiviti persatuan saya adalah menjual kekacang dan makanan ringan sebagai sumber pendapatan persatuan. Saya akan menjual kepada rakan-rakan sekelas saya aatu sesiapa sahaja yang saya temui. Memasuki alam tingkatan 4 pula, saya terpilih untuk menjaga koperasi sekolah. Suka sangat masa tu sebab boleh jadi 'cashier', terima duit, dan memulangkan baki kepada pelanggan. itulah pengalaman yang menyeronokkan. Apabila berada di universiti, sekali lagi saya terlibat dalam aktiviti jual beli. Semuanya untuk kelab dan persatuan dan bukan untuk diri sendiri.

Sepanjang memasuki alam pekerjaan ini, minat itu masih timbul, namun disebabkan beberapa kekangan dan sifat malu dan ilmu yang kurang, saya tidak meneruskan minat ini.Namun, lama kelamaan saya merasa sunyi dengan hobi berniaga ini.Saya pun bermula dengan pelbagai jenis MLM, namun kerana ilmu yang tidak sukup, tentunya tidak berjaya. Masa terus berlalu sehinggalah tsunami tudung 'instant' berlangsung, saya mula menanam minat berniaga semula. Didorong dengan kesukaran mendapatkan tudung labuh instant, saya mula membuat tudung untuk dipakai sendiri. Ramai juga kawan2 yang meng'order' daripada saya. Namun ia hanya bertahan 1 tahun sahaja kerana 'tidak cukup ilmu'. Saya berniaga tudung 'instant' ni pun sebab memang hobi saya adalah menjahit.

Alhamdulillah. Sejak beberapa bulan ini, minat berniaga saya kembali, dan saya ditemukan dengan Shaklee. Saya buat istikharah, berbincang dengan suami dan menetapkan matlamat untuk 'istiqamah' dengan Shaklee. Saya tanamkan niat "Berniaga Kerana Allah", " Ingin Kaya Agar Boleh Membanyakkan Lagi Sedekah, Infaq dan Zakat". Saya yakin dan percaya saya boleh berjaya. Saya ada Allah yang sentiasa bersama saya. Saya ada suami yang sentiasa menyokong saya. Saya ada mentor yang boleh saya rujuk pada bila-bila masa. Semuanya telah tersedia untuk saya. Saya sangat menghargainya. Yang Utamanya adalah Diri Saya Sendiri Untuk Mengurus semuanya dengan baik dan berkesan.In Shaa Allah

-Hidup Untuk Memberi-

Tiada ulasan :

Catat Ulasan