"Ya Allah, Sesungguhnya aku ini lemah, maka kuatkanlah kelemahanku dalam redha-Mu, pandulah daku, uruslah daku ke arah kebaikan dan jadikanlah Islam kemuncak kesukaanku. Ya Allah, aku ini hamba yang lemah maka kuatkan daku, aku ini hamba yang hina maka muliakanlah daku. aku ini hamba yang fakir maka kayakan daku"

Khamis, 24 Oktober 2013

SIHAT MILIK ALLAH, MANUSIA ADALAH PENERIMANYA


               Didoakan agar semua yang membaca blog ini diberi kesihatan yang baik oleh Allah SWT. Sihat itu bukan fizikal semata mata malah rohani, emosi, rezeki, ilmu dan sebagainya. 

            Nikmat sihat pemberianNya harus disyukuri dengan menggunakan nikmat tersebut ke jalan yang diredhaiNya. Andainya kita diberi sihat fizikal, mari kita bertanya kepada diri, apakah yang telah kulaburkan untuk mensyukuri nikmat sihat fizikal tersebut? Adakah aku telah menyampaikan dakwah secara lisan?. Adakah aku telah menunjukkan contoh teladan yang baik kepada manusia lain? Adakah aku selalu menghadiri majlis ilmu? Adakah aku selalu bersolat dimasjid? 

             Begitulah seterusnya apabila kita diberi nikmat sihat rohani, emosi, rezeki dan ilmu.Secara umumnya, setiap yang diberi olehNya hendaklah disyukuri dan dinikmati dengan Alhamdulillah . Dan kemudiannya perlulah dikongsikan bersama orang lain. In Shaa Allah, lebih banyak memberi dan  lebih banyak lagi kita menerima

Sekian perkongsian hati untuk kali ini

-Sedekah Membawa Barakah-



Tiada ulasan :

Catat Ulasan