"Ya Allah, Sesungguhnya aku ini lemah, maka kuatkanlah kelemahanku dalam redha-Mu, pandulah daku, uruslah daku ke arah kebaikan dan jadikanlah Islam kemuncak kesukaanku. Ya Allah, aku ini hamba yang lemah maka kuatkan daku, aku ini hamba yang hina maka muliakanlah daku. aku ini hamba yang fakir maka kayakan daku"

Sabtu, 22 Mac 2014

INDAHNYA PERKAHWINAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Istimewanya wanita dicipta oleh Allah adalah untuk melengkapkan kehidupan seorang lelaki. Siti Hawa dicipta oleh Allah SWT bagi mengisi kesunyian Adam di dalam syurga. Begitulah suami dan isteri saling memerlukan antara satu sama lain dalam kehidupan seharian

Kerana itu, Allah meletakkan hukum perkahwinan itu WAJIB ke atas lelaki dan perempuan apabila 'berkemampuan'. Setelah berlangsungnya perkahwinan, maka bermulalah episod baru dalam kehidupan berumahtangga. Sifat saling memahami, bertimbang rasa, sabar dan yang utama kasih sayang kerana Allah adalah rencah rumahtangga yang sangat perlu dihadam bukan sahaja suami malah isteri. Allah meletakkan satu lagi tanggunjawab utama kepada isteri iaitu untuk taat kepada suami.

Perkahwinan yang dihiasi dengan keriuhan anak-anak sudah tentu menjadi idaman setiap pasangan suami isteri. Seandainya Allah memberikan zuriat seawal perkahwinan tentunya ia perkara yang sangat menggembirakan. Jika sebaliknya, ia adalah ujian untuk pasangan tersebut supaya lebih bersabar, berusaha dan bertawakkal kepada Allah SWT. Apapun yang terjadi kehidupan berumahtangga perlu diteruskan dengan penuh kesyukuran. Pandanglah semua yang berlaku ini sebagai Qadha' Allah kepada hambaNya. Pandanglah dengan hikmah setiap ujian dan setiap kegembiraan yang berkunjung dalam rumahtangga.

Tunggu siri seterusnya WANITA DAN KESIHATAN

SALIS SAM