"Ya Allah, Sesungguhnya aku ini lemah, maka kuatkanlah kelemahanku dalam redha-Mu, pandulah daku, uruslah daku ke arah kebaikan dan jadikanlah Islam kemuncak kesukaanku. Ya Allah, aku ini hamba yang lemah maka kuatkan daku, aku ini hamba yang hina maka muliakanlah daku. aku ini hamba yang fakir maka kayakan daku"

Ahad, 8 Jun 2014

TESTIMONI : OSTEMATRIX & AJHT

Assalamualaikum semua..

Perkongsian ini adalah testimoni diri sendiri.

Suatu hari saya dan keluarga menuju ke rumah saudara di Perak. Entah kenapa, semasa dalam perjalanan pergi, tangan kanan saya sakit secara tiba-tiba. Suami cuba urut. Hilanglah sakit itu untuk seketika. Bila masuk waktu malam, tangan saya semakin sakit dan membengkak. Nak menggenggam pun sukar. Menyuap makanan tu bolehla. Sebab lapar kan, jadi gagahkan juga menyuap makanan. Tetapi memang tak boleh 'gendong' anak. Ibu mertua saya boleh urut, tetapi disebabkan kesibukan (sebab kenduri kahwin anak saudaranya), maka tidak berkesempatan nak tolong urut saya.

Dipendekkan cerita, sebelum tidur malam itu, saya telan 4 biji ostematrix dan 2 biji AJHT. Alhamdulillah, dengan izin Allah, kesakitan dan bengkak tangan saya hilang terus. Syukur pada Allah. Berkat kesabaran dan redha dengan ujian Allah serta ikhtiar dengan OSTEMARIX & AJHT Allah beri kesembuhan tak sampai 12 jam. Yang tinggal cuma sakit bekas urut sikit-sikit sahaja

Syukur, syukur, syukur Allah temukan saya dengan Shaklee. Shaklee bukan sahaja ikhtiar terbaik yang pernah saya jumpa, namun memberi ruang kepada saya untuk mengamalkan sunnah dengan lebih baik dan menjadikan saya LEBIH DEKAT denganNya. Ameen Ya Wahhab.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan