"Ya Allah, Sesungguhnya aku ini lemah, maka kuatkanlah kelemahanku dalam redha-Mu, pandulah daku, uruslah daku ke arah kebaikan dan jadikanlah Islam kemuncak kesukaanku. Ya Allah, aku ini hamba yang lemah maka kuatkan daku, aku ini hamba yang hina maka muliakanlah daku. aku ini hamba yang fakir maka kayakan daku"

Khamis, 12 Jun 2014

Sustained Release Vita-C

Tubuh kita memerlukan pengambilan vitamin C setiap hari kerana sifat vitamin C yang mudah larut dalam air menyebabkan badan tidak boleh menyimpan vitamin C. Vitamin C hanya ada dalam darah manusia selama 12 jam dan dalam tempoh waktu tersebut Vitamin C 'bekerja' dengan sel-sel tubuh untuk meningkatkan imun dan fungsi-fungsi sel di bahagian tubuh yang lain. 


Vitamin C amat diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu-tisu tubuh Ia membina kolagen iaitu protein penting yang  melindungi tulang rawan, tendon, ligamen dan saluran darah. Selain itu pengambilan harian vitamin  C yang cukup membantu menyegerakan proses penyembuhan luka-luka, membaiki dan memelihara struktur tulang dan gigi.

Berdasarkan banyak kajian yang telah dilakukan, tubuh kita memerlukan 500mg vitamin C setiap hari untuk untuk mencapai tahap kesihatan yang baik. Kita memerlukan vitamin C setiap hari kerana sel-sel tubuh manusia tidak mempunyai enzim guluno-lacton-oxidase yang diperlukan 

untuk menukar glukos kepada ikatan kimia 2-keto L-Guluno-

lactone untuk hasilkan vitamin C. Tambahan vitamin c 

sering digunakan dan mudah rosak dalam tubuh. Oleh itu, 

Kita memerlukan vitamin c sama ada melalui makanan 

ataupun makanan tambahan


Oleh itu, saya mencadangkan agar kita semua mengambil 

SR Vita C Shaklee kerana berfungsi seperti di atas

Tiada ulasan :

Catat Ulasan