"Ya Allah, Sesungguhnya aku ini lemah, maka kuatkanlah kelemahanku dalam redha-Mu, pandulah daku, uruslah daku ke arah kebaikan dan jadikanlah Islam kemuncak kesukaanku. Ya Allah, aku ini hamba yang lemah maka kuatkan daku, aku ini hamba yang hina maka muliakanlah daku. aku ini hamba yang fakir maka kayakan daku"

Selasa, 2 Mei 2017

Meal Shakes

S : Apa itu meal shake Shaklee?
J : Makanan segera rendah lemak dan rendah Glicemic. Rasanya enak dan boleh dibancuh dengan apa sahaja makanan yang anda suka. Nak bubuh dalam Milo ke, nak bubuh dalam oat ke, atau naka makan begitu sahaja pun boleh

S : Berapa banyak kandungan vitamin yang ada?
J : Ya. Meal Shake ada 19 vitamin utama dan mineral tambahan. ada juga sumber protin dan kalsium yang diperlukan kanak-kanak.

S : Siapa yang boleh makan mealshake ni
J : Semua orang boleh ambil Mealshake ni. Kanak-kanak suka sangat dengan mealshake ni sebab bau yang harum  dan rasanya yang sedap. Cubalah. Pasti suka

S : Macam mana cara ambilnya
J : Boleh dibancuh dengan air kosong dan minum boleh begitu sahaja. Jangan bancuh dengan air panas tau. Nanti berketul-ketul. Nak tambah dalam milo atau susu pun boleh. Paling best campurkan Mealshake dalam bancuhan kek atau jemput-jemput. Wangi sangat.




Omega Guard

OMEGA GUARD SHAKLEE untuk anak-anak yang SIHAT DAN CERDAS

Saya ringkaskan kandungan dan Khasiat Omega Shaklee khas untuk anak-anak supaya ibu bapa mudah untuk memahaminya. Silakan untuk memahaminya. Kemudian boleh terus whatsapp saya untuk 'order'. 0199887274


Selasa, 10 Januari 2017

KELUARGA JANNAH


Assalamualakum warahmatullahi wabarakatuh

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Semua pembaca dan peminat blog ummisalis yang dikasihi

Mohon berjuta-juta kemaafan kerana sudah lama tidak 'update' blog ini. Tiada alasan yang boleh ummi diberikan. Hanya pengakuan silap daripada ummi yang tidak memanfaatkan medium yang sangat baik untuk berkongsi rasa, jiwa, pendapat dan ilmu yang diperolehi daripada guru-guru ummi.

InShaaAllah mulai sekarang 10 Januri 2017 bersamaan 11 RabiulAkhir 1438 Hijrah ini ummi berazam sentiasa berkongsi dengan semua pembaca blog dan peminat ummisalis.blogspot.com ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pembaca setia kerana sudi untuk  menjejak maya blog ini. Sokongan kalian sangat ummi hargai.

Hari ini, ummi nak perkenalkan suami dan anak-anak ummi yang sangat-sangat disayangi.



Nama suami ummi Mohamad Zamri bin Abu Bakar. Anank sulung daripada 4 beradik. Seorang yang tegas, sentiasa redho dengan kurniaan Allah dan tak pernah mengeluh dalam setiap perkara. Alhamdulillah, ummi telah hidup dengannya selama 15 tahun mengharungi suka duka kehidupan berumahtangga

Anak sulong ummi Nurul Syafiqah. Lahir pada 19 Disember 2012. Masa kecil-kecil dulu, Syafi sangat banyak bercakap tapi sekarang banyak senyum. Bila cikgu baca biodata dia, sifat utama yang disebut oleh cikgu "seorang yang suka tersenyum pada setiap keadaan".....(sambung entry lain)

Anak kedua Nurul Sabirah. Lahir pada 19 Mac 2006 bersama kembarnya Anak ketiga Muhammad Zahiruddin. Jantina berbeza, sifat pun berbeza. Sabir seorang yang sangat kuat dan sabar. tak pernah nangis pun kalau kena cubit. Hati ada keras sikit. Hihihi. Zahir pula seorang yang lembut hati tapi cepat meradang. Suka berfikir ke hadapan dan fiir tentang orang lain....(sambung entry lain)

Anak keempat Muhammad Zahirulhaq. Lahir pada 21 Disember 2007. Haq anak yang manja sebab 5 tahun tanpa adik. Seorang yang kelakar dan mudah beramal bila disuruh... (sambung entry lain)

Anak kelima Muhammad Zikri Syahmi. Lahir pada 9 Mei 2012 secara pembedahan. Dari kecil suka alunan zikrullah. Dengar je lagu Ya Hanana, terus tidur. Seorang yang sangat banyak cakap dan 'copyright' ayat orang dewasa... (sambung entry lain)

Alhamdulillah, secara ringkasnya ummi dah perkenalkan ahli keluarga ummi. InShaaAllah, kita kongsi lagi.

Assalamualaikum dan Jumpa Lagi