KELUARGA JANNAH
Assalamualakum warahmatullahi wabarakatuh
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Semua pembaca dan peminat blog ummisalis yang dikasihi
Mohon berjuta-juta kemaafan kerana sudah lama tidak 'update' blog ini. Tiada alasan yang boleh ummi diberikan. Hanya pengakuan silap daripada ummi yang tidak memanfaatkan medium yang sangat baik untuk berkongsi rasa, jiwa, pendapat dan ilmu yang diperolehi daripada guru-guru ummi.
InShaaAllah mulai sekarang 10 Januri 2017 bersamaan 11 RabiulAkhir 1438 Hijrah ini ummi berazam sentiasa berkongsi dengan semua pembaca blog dan peminat ummisalis.blogspot.com ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pembaca setia kerana sudi untuk menjejak maya blog ini. Sokongan kalian sangat ummi hargai.
Hari ini, ummi nak perkenalkan suami dan anak-anak ummi yang sangat-sangat disayangi.
Nama suami ummi Mohamad Zamri bin Abu Bakar. Anank sulung daripada 4 beradik. Seorang yang tegas, sentiasa redho dengan kurniaan Allah dan tak pernah mengeluh dalam setiap perkara. Alhamdulillah, ummi telah hidup dengannya selama 15 tahun mengharungi suka duka kehidupan berumahtangga
Anak sulong ummi Nurul Syafiqah. Lahir pada 19 Disember 2012. Masa kecil-kecil dulu, Syafi sangat banyak bercakap tapi sekarang banyak senyum. Bila cikgu baca biodata dia, sifat utama yang disebut oleh cikgu "seorang yang suka tersenyum pada setiap keadaan".....(sambung entry lain)
Anak kedua Nurul Sabirah. Lahir pada 19 Mac 2006 bersama kembarnya Anak ketiga Muhammad Zahiruddin. Jantina berbeza, sifat pun berbeza. Sabir seorang yang sangat kuat dan sabar. tak pernah nangis pun kalau kena cubit. Hati ada keras sikit. Hihihi. Zahir pula seorang yang lembut hati tapi cepat meradang. Suka berfikir ke hadapan dan fiir tentang orang lain....(sambung entry lain)
Anak keempat Muhammad Zahirulhaq. Lahir pada 21 Disember 2007. Haq anak yang manja sebab 5 tahun tanpa adik. Seorang yang kelakar dan mudah beramal bila disuruh... (sambung entry lain)
Anak kelima Muhammad Zikri Syahmi. Lahir pada 9 Mei 2012 secara pembedahan. Dari kecil suka alunan zikrullah. Dengar je lagu Ya Hanana, terus tidur. Seorang yang sangat banyak cakap dan 'copyright' ayat orang dewasa... (sambung entry lain)
Alhamdulillah, secara ringkasnya ummi dah perkenalkan ahli keluarga ummi. InShaaAllah, kita kongsi lagi.
Assalamualaikum dan Jumpa Lagi
Tiada ulasan :
Catat Ulasan